Thursday, October 31, 2013

Nak story sikit tentang butik ney .. :)

Salam keceriaan untuk semua pengunjung di luar sana,

           Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat ilahi,pada tahun 2009 lahirlah Butik Pengantin yang kini beroperasi sepenuhnya di A9, Tingkat Bawah Rumah Kedai Taman Seriku, Batu 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

 . Butik kami juga mempunyai lagi cawangan-cawangan yang beroperasi di Pantai Timur iaitu Kelantan,Pahang, dan Terengganu.

            Bukan hanya sekadar pembaharuan pada nama butik sahaja, tetapi pembaharuan juga dibuat pada kesemua koleksi busana, aksesori serta pelamin yang terdapat di Butik Pengantin . Pembaharuan dibuat selaras dengan kematangan serta pengalaman yang kami miliki. Segala pembaharuan dibuat atas dasar keinginan pemilik butik dalam meningkatkan kualiti serta memberi koleksi yang terkini kepada pelanggan-pelanggan.
             
             Butik Pengantin kami menyediakan koleksi pakaian yang terkini iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Butik Pengantin kami juga menyediakan perkhidmatan dari segi pelamin, jurusolek, fotografi,gubahan hantaran dan sebagainya. Pengusaha awal bagi menjayakan butik ini bermula dari bekas pelajar lepasan Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan di UCSA.

            Sememangnya Butik Pengantin  pasti memberikan yang terbaik buat bakal-bakal pengantin. Jadikan kami pilihan anda!! Temui kami untuk mendapatkan khidmat rundingan sebelum majlis anda berlangsung,  disarankan seawal yang mungkin bagi melancarkan setiap detik majlis anda.

No comments:

Post a Comment